VIDEO HARI INI: Filem terbaru terbitan Grand Brilliance berjudul “Sembunyi: Amukan Azazil” bakal menemui penonton pada 28 Mac ini. Kiranya lagi dua hari sebelum tayangan secara rasmi bermula di seluruh pawagam di Malaysia. Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer yang kami sediakan untuk anda! Dengar cerita filem ini memang seram dan boleh tahan sinematografinya. heh.
Datin Paduka Shuhaimi Baba hari ini menegaskan beliau ada hak untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera secara tertutup meskipun ia hanya akan muncul di pawagam selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). – Sinar Harian
Walaupun sedar untuk mencari lelaki yang jujur dan setia zaman sekarang amat sukar apatah lagi dirinya merupakan seorang janda, namun begitu pelakon berbakat, Wan Sharmila tidak pernah putus asa untuk terus mencari. – Berita Harian
Aktor yang semakin menyerlah, Aeril Zafrel memberitahu babak lakonannya bersama pelakon Hollywood, Christina Ricci tidak akan ada babak bercium. – Daili Chilli
James Franco memberitahu di satu temuramah mengenai kisah peribadinya bersama Lindsay Lohan dan memberitahu mengapa dia mengelak dari keluar bersama pelakon bermasalah itu. – Us Weekly
Filem-filem tempatan yang mencatatkan kutipan pecah panggung akan bertanding dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) yang turut disertai oleh penerbit Saving Private Ryan, Gary Levinsohn. – Astro Awani