VIDEO HARI INI: Filem “Despicable Me” yang pernah mendapat kutipan pecah panggung pada tahun 2010 dengan anggaran 540 juta menjadi filem animasi ke-10 terbesar di dalam sejarah pembikinan filem Amerika Syarikat. Kali ini pihak Universal Pictures kembali dengan lebih menyengat dan bakal menemui penonton pada 3 Julai nanti!

Mendapat publisiti yang semakin banyak, pasangan yang baru sahaja mengumumkn tarikh pernikahan Zain Saidin dan Rozita Che Wan terpaksa tutup akau Instagram kerana tidak tahan dengan cemuhan dan komen negatif dari peminat mereka sendiri. – Kosmo


Kumpulan yang telah bersama lebih 12 tahun, My Chemical Romance mengumumkan perpecahan mereka. – Billboard

Bekas Juara pertandingan American Idol musim kelapan, Kris Allen  memberitahu beliau menjangkakan bakal mendapat bayi lelaki bersama isteri, Katy yang telah mengumumkan berita gembira itu pada bulan Januari lalu. – E online

Eja pernah menolak tawaran menjadi pengarah drama kerana belum ada keyakinan dan masih banyak yang perlu dipelajari meski sudah 17 tahun berada di dalam industri. – Utusan Malaysia 

Kristen Stewart, “The Hunger Games“, Selena Gomez, Katy Perry dan juga Johny Depp berjaya menerima anugerah masing-masing di Nickelodeon’s 2013 Kids’ Choice Awards yang berlangsung pada Sabtu lalu. The Hollywood Reporter