fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.300)

VIDEO HARI INI: hahaha! Melihat video dari Smooch ini memang tidak pernah kering gusi.

Ada sahaja perkara yang mencuit hati dan logiknya kebanyakkan yang ditunjukkan adalah perkara yang benar-benar berlaku. Kali ini mereka bawa penonton memahami dengan cara yang berbeza menerusi Banned Aeroplane Safety Video.

Aizat akui kini berkawan rapat dengan Zee Avi disebabkan rumah mereka yang berdekatan. Menurut Aizat lagi, Dia turut bekerjasama dengan Zee Avi untuk sebuah lagu yang akan dimuatkan di dalam album pertama Aizat nanti. – Media Hiburan

Selepas isu kecurangan yang membuatkan nama Tiger Woods sedikit tercalar beberapa tahun lalu kini beliau bersama kekasih baru bersama bintang papan luncur Lindsey Vonn. – Astro Awani

Pelakon yang pernah membintangi filem “Silver Lining Playbook” Bradley cooper 38 tahun kini dilihat sedang bercinta dengan model yang berusia 20 tahun, Suki Waterhouse selepas mengesahkan perpisahan bersama Zoe Saldana. Us Weekly

Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing Jay Z tidak pernah melupakan isterinya Beyonce dengan menyanyi Rap tentang kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri. – E Online

INFINITE tampil dengan buah tangan baru apabila video teaser lagu terbarunya yang berduet bersama ketua Sunggyu berjudul “Man In Love” telahpun diriliskan baru-baru ini. – Allkpop