fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.299)

VIDEO HARI INI: Kali ini kami kongsikan sebuah video bagaimana

cara untuk mekap sendiri di hari bahagia anda. Ternyata selepas anda melihat video ini pasti mudah bagi anda untuk praktikkan kerana Michelle Phan merupakan seorang yang pakar di dalam bidang kecantikan dan tipsnya juga ringkas. Selamat mencuba!

Walaupun lebih sedekad menceburkan diri di dalam bidang nyanyian, Dayang Nurfaizah yang berusia 32 tahun masih belum menemui calon suami yang sesuai. – Harian Metro

Pelakon yang berasal dari Malaysia, Dato’ Michelle Yeoh menerima penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan Dalam Sinema Asia (Excellence in Asian Cinema Award) pada Anugerah Filem Asia yang berlangsung semalam. – Mstar

Setelah sekian lamanya penyanyi, Adele yang berusia 24 tahun ini mengambil keputusan untuk mengambil lesen memandu. – MSN

Pelakon yang pernah membintangi filem “The Perk Of Being a Wallflower” Emma Watson menjelaskan kepada peminatnya di twitter mengenai khabar angin dia akan membintangi filem “Fifty Shades of Grey”. – E
online

Drama terbaru terbitan KRU Studios yang dibintangi Lisa Surihani, Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan juga Adrea Abdullah berjudul “Maskara” menolak dakwaan meniru drama popular “Desperate Housewives”. – Sinar Harian