fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.275)

VIDEO HARI INI: Gamaknya video terbaru dari Namewee ini bakal membuka mood anda untuk mula bekerja hari esok setelah lama bercuti.Heh. Namewee tidak pernah mengecewakan peminatnya apabila seringkali membawakan idea-idea baru dan hasil yang segar di dalam setiap hasil kerjanya.

PSY janji akan kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di sini. Persoalannya, adakah beliau akan dibayar mahal atau mungkin diminta diskaun untuk persembahan kedua disini? LOL – mStar

Mila Kunis memberitahu dia selesa hidup single selama empat tahun dan amat merindui zamannya ketika itu. Mila Kunis benar-benar enjoy dengan kehidupan solonya sebelum bertemu Ashton Kutcher – Us Weekly

Pelakon yang kini sibuk mempromosi filem terbarunya berjudul “A Good Day To Die Hard” Bruce Willis menerima penghormatan tertinggi dari Menteri Kebudayaan Perancis menerusi pencapaiannya selama 30 tahun di dalam industri perfileman – The Hollywood Reporter

Di Korea, ketepatan masa amatlah penting. Perkara ini dapat dilihat apabila penyanyi terkenal Jessica dari kumpulan Girl Generation memohon maaf kepada pihak media yang berang terpaksa menunggu Jessica yang lambat 30 minit ke sidang media rancangan kecantikannya. Motif di sini, kalau berlaku di Malaysia? – allkpop

Ketika majlis berprestij Anugerah Grammy 2013 berlangsung semalam, Adele berang dengan Chris Brown yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya apabila Franky Ocean’s diumumkan sebagai penerima anugerah pada malam itu – PerezHilton