fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.225)

Selepas berpisah dari Heidi Klum awal tahun ini, Seal buat pertama kali di’lihat keluar bersama seorang wanita misteri ke sebuah parti Halloween hujung minggu lalu. – Us Weekly

Tahukah anda bahawa penyanyi ini sudah putus cinta, lagi & Taylor Swift baru baru ini umumkan siri jelajah untuk album terbaru beliau. Malaysia tiada dalam senarai. – USA Today

Bersedia untuk patah hati. Vokalis Maroon 5, Adam Levine (gambar) di’lihat keluar di khalayak ramai buat pertama kali bersama kekasih beliau, Behati Prinsloo. – Huff. Post

Pelakon Almy Nadia tampil meminta semua pihak supaya tidak meragui status anak angkat beliau walaupun ada khabar angin mengatakan ia’nya merupakan anak kandung. – mStar Online

Kalau anda peduli, Aaron Aziz telah di’masukkan ke hospital untuk dapatkan rawatan selepas mengalami demam teruk di Cape Town sejak beberapa hari lalu & semakin sihat. – SN

VIDEO HARI INI: Jimmy Kemmel datang lagi. Kali ini beliau bawa iPod Touch keluar untuk di’nilai orang awam sebagai iPad Mini — yang masih belum ada dalam pasaran. Kelakar!