fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.217)

Danielle Spencer di’khabarkan bakal menerima US$20 juta hasil penceraian daripada aktor Hollywood popular, Russell Crowe yang di’kahwini selama 9 tahun. – Daily Mail

Tidak manis untuk kami letakkan gambar’nya disini. Jennifer Lopez telah mengalami masalah teknikal dengan baju beliau sehingga mendedahkan apa yang tidak patut. – Huff. Post

Jika belum tahu, Aqasha baru sahaja menimang cahayamata kedua yang telah di’beri nama Alaena Ayesha yang membawa maksud ‘dilimpahi kebahagiaan’. Tahniah! – Sinar Harian

Penyanyi Leona Lewis mendakwa merakam terlebih lagu hits Rihanna berjudul We Found Love bersama Calvin Harris tetapi tidak dapat memberikan komitmen selepas itu. – Daily Star

Laman web Ancestry.com mendedahkan yang Justin Bieber merupakan sepupu jauh kepada aktor Ryan Gosling (gambar) dan penyanyi senegara Avril Lavigne. Huh? – MSN

VIDEO HARI INI: Mungkin kami sahaja yang baru tahu tetapi sebenarnya rekabentuk tab pada tin minuman ringan seperti Coca Cola mempunyai jawapan kepada bagaimana cara sebenar meminum air tin. Heh.