fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.195)

Mungkin kami yang perlahan tahu akan perkara ini namun Lisa Surihani (gambar) telah berkata yang beliau kini lebih berdikari selepas bebas daripada MIG. Bebas. – mStar Online

Menurut pelakon popular Hollywood, Brad Pitt zaman gemilang menerima US$10 juta untuk sebuah filem sudah pun berlalu, tetapi industri semakin kreatif. – The Wire

Randy Jackson yang sebelum ini di’khabarkan hanya akan bertindak sebagai mentor dalam musim akan datang American Idol di’sahkan kembali menjadi juri. – Ent. Weekly

Antara filem Hollywood yang kami nantikan, Lincoln arahan Steven Spielberg telah memulakan rancangan promosi dengan mengeluarkan teaser pertama melalui Google+. – THR

Bukan sekali dua gossip hubungan ini timbul dan sekali lagi George Clooney menafikan yang hubungan beliau bersama kekasih, Stacy Keibler sudah pun berakhir. – E! Online

VIDEO HARI INI: Ya, setiap hari pasti ada kisah berkaitan fenomena Gangnam Style. Ini semua kerana PSY sedang dalam rangka promosi di USA & ini beliau dengan tarian baru.