fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.194)

Semakin senyap dalam industri hiburan, Dira Abu Zahar berkata kes pergaduhan beliau masih tergantung & kini sedang menyambung pelajaran di Universiti Lim Kok Wing. – Murai

Putera William & isteri, Kate Middleton (gambar) telah selamat tiba di Singapura semalam untuk lawatan kerja selama 3 hari. Pasangan diraja ini di’jadual akan membuat kemunculan khas di Taman KLCC, Jumaat ini. – Just Jared

Pelakon watak Pepper Potts, Gwyneth Paltrow berkata beliau mungkin tidak akan kembali untuk sekuel filem The Avengers yang akan datang kerana merasakan diri sudah tua. – E! News

Ada laporan menyebut yang James Franco baru baru ini telah cuba untuk memikat hati Kristen Stewart ketika bertemu mata di Toronto International Film Festival, minggu lalu. – Radar

Filem Star Trek arahan J.J Abrams seterusnya telah mendapat tajuk tetap iaitu Star Trek Into Darkness dan telah di’jadualkan untuk keluar di pawagam pada 17 Mei 2013. – Deadline

VIDEO HARI INI: Kalau sudah berjaya muncul di rancangan Ellen, memang PSY satu fenomena. Dan, sebagai satu bonus Britney Spears sudi untuk belajar tarian Gangnam Style. Heyyyyy … sexy lady!