fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.157)

Antara aktress Hollywood kegemaran kami, Emma Stone berkata beliau mula menghargai fesyen sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas sedar akan penting’nya gaya dalam karier beliau sekarang ini. – The Sun Daily

Berita baik untuk peminat Batman. Warner Bros Pictures & TGV membawakan tayangan trilogi filem The Dark Knight pada 18 Julai 2012 ini yang mana anda boleh sertai secara percuma. Siapa cepat dia dapat! – The Star

Khabarnya pasangan pengantin baru, Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer kini sedang berbulan madu di Australia & dalam sebuah majalah hiburan pasangan ini mendedahkan keinginan mereka terhadap anak kembar. – Beautiful Nara

Selepas sah bercerai dengan Tom Cruise, Katie Holmes di’nasihatkan untuk fokus kepada bidang perniagaan fesyen yang beliau ceburi sebelum ini dan ini merupakan lapan sebab kenapa beliau patut lakukan sedemikian. – Buzz Feed

Ini satu usaha yang menarik. Bersempena dengan album terbaru mereka berjudul Mylo Xyloto, Coldplay telah secara rasmi melancarkan komik khas berkisar satu karakter dengan nama sama dalam enam siri. – Huffington Post

VIDEO HARI INI: Nampaknya lagu popular nyanyian Carly Rae Jepsen kini mempunyai pelbagai versi dan terkini Sesame Street tampil dengan versi Cookie Monster, Share It Maybe.