fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.156)

Tinggal lebih seminggu sahaja lagi untuk filem The Dark Knight Rises muncul di’pawagam berhampiran anda & sementara itu, dengarkan seluruh runut bunyi untuk filem ini. – Mashable

Bertuah menjadi pelakon Hollywood lebih lelbih lagi jika satu satu filem itu berjaya. Scarlett Johansson (gambar) di’laporkan menerima bayaran sebanyak US$20 juta untuk membintangi filem sekuel The Avengers. Fuuu! – E! News

Perkembangan baik kes penceraian Tom Cruise & Katie Holmes. Pasangan ini telah pun mencapai kata persetujuan berkaitan hak penjagaan Suri & terma penceraian mereka tetapi semua’nya masih rahsia. – TMZ

Bercita cita untuk menakluk pasaran muzik Amerika Syarikat, kumpulan pop Korea Selatan Wonder Girls melancarkan video muzik untuk lagu Like Money dengan kemunculan khas penyanyi kelahiran AS, Akon. – allkpop

Tahun lalu, pelakon ini mengatakan yang beliau tidak lagi mahu terlibat dengan dunia hiburan tetapi Ashraf Muslim bakal kembali ke kata televisyen untuk mengacara sebuah program. Mengubat rindu kata’nya. – mStar Online

VIDEO HARI INI: Kalau anda fikir Skrillex sudah cukup berbakat mengadun muzik, kami persembahkan Mike Tompkins yang hanya menggunakan suara beliau untuk hasil yang sama.