fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.148)

Selain menyesal & bertaubat dengan perbuatan lampau beliau, Awi Rafael sekarang turut mengakui sedang menjalani proses pembuangan tattoo dengan kaedah Islam & mengakui ia’nya memakan masa agak lama. – mStar Online

Beberapa orang pastor Kristian sebuah gereja di Singapura telah di’kaitkan dengan penyelewengan wang gereja sebanyak US$23 juta untuk membiayai isteri salah seorang mereka mengejar impian bergelar penyanyi. – Malaysia Chronicle

Jennifer Aniston & George Clooney telah di’lihat menaiki sebuah pesawat peribadi bersama Lugano Airport, Switzerland tetapi mereka masing masing di’temani kekasih hati. Masih, agak menarik melihat mereka bersama. – TMZ

Hanya selepas seminggu berada di pasaran, album terbaru Justin Bieber berjudul Believe berjaya terjual 374,000 unit meletakkan album tersebut terus di’tangga teratas. – Fox News

Amber Heard (gambar) di’khabarkan telah sah berpisah dengan teman wanita beliau Tasya van Ree beberapa bulan lalu & gossip percintaan bersama Johnny Depp semakin kuat di’sokong dengan berita tersebut. – Huffington Post

VIDEO HARI INI: Sampai lagi kita di’penghujung bulan Jun 2012 dan seperti biasa kami akan paparkan video kompilasi kegagalan orang ramai dalam aktiviti seharian. Sekian. Ouch.