fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.145)

Pasangan selebriti baru untuk di’perhatikan. James Franco baru baru ini di’katakan telah berkunjung & meluangkan masa di rumah Amanda Seyfried (gambar) dan ini menimbulkan spekulasi baru. Hmm. – Just Jared

Selepas beberapa bulan senyap, Reese Witherspoon akhirnya tampil membuat pengakuan yang beliau kini memang sedang mengandung & bercadang untuk bercuti menanti kelahiran anak ketiga itu tidak lama lagi. – Splash News

Baru sahaja bertunang, pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth di’khabarkan bakal berkahwin minggu hadapan dek hanya kerana satu tweet daripada Miley Cyrus. Nyata semua itu hanya satu spekulasi. – Cambio

Selepas di’masukkan ke hospital April lalu, Zizan Razak kini menetapkan syarat yang beliau tidak akan mengambil tawaran berlakon yang memerlukan kerja lebih 12.00 tengah malam atas faktor untuk menjaga kesihatan. – mStar Online

Hari ini menandakan genap 3 tahun pemergian mendiang Michael Jackson dan sejak hari itu pelbagai perkara telah berlaku & paling utama doktor peribadi beliau Conrad Murray yang di’dapati bersalah membunuh bintang itu kini di’penjara. – TMZ

VIDEO HARI INI: Tidak bersempena dengan apa apa, tetapi kami di’sini rasakan video tribute lagu lagu Bruno Mars secara medley ini begitu epik. Hiburan hari Selasa anda semua.