fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.133)

Sehingga ke hari ini, Megan Fox masih belum keluarkan apa apa kenyataan berkaitan kehamilan beliau namun gambar terbaru seakan mengesahkan fizikal pelakon ini bakal bergelar ibu sedikit masa lagi. Masih comel. – Splash News

Berminat untuk bergelar isteri kepada Johan Asa’ri? Pelakon yang semakin aktif dalam dunia filem itu meletakkan gadis berbau harum sebagai salah satu daripada 10 ciri utama untuk seseorang bergelar bakal isteri beliau. – mStar Online

Selepas deman The Avengers, peminat filem dunia nampaknya tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Iron Man 3 dan Gwyneth Paltrow (gambar) mengirimkan gambar baru dari set penggambaran filem itu. – Huffington Post

Tahukah anda yang filem sains fiksyen popular sekitar 80’an Robocop bakal di’rakamkan kembali & berita baik terbaru mengatakan pelakon epik Samuel L. Jackson telah pun bersetuju untuk berlakon dalam projek ini. – THR

Kurang dari seminggu perkhabaran tentang pertunangan Miley Cyrus & Liam Hemsworth berlegar, pemerhati selebriti Hollywood sudah pun meramalkan yang perkahwinan  pasangan ini tidak akan kekal lama. – L.A Times

VIDEO HARI INI: Filem terbaru arahan Quentin Tarantino, Django Unchained kini mempunyai trailer pertama & nampaknya filem ini mempunyai potensi untuk menjadi blockbuster.