fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.132)

Selepas di’sahkan mengandung, Fasha Sandha telah menolak banyak tawaran berlakon atas permintaan suami yang mahukan beliau berehat dan juga risaukan keadaan kandungan. Ala romantis Jejai. Heh. – mStar Online

Hampir 3 tahun bercinta, pasangan kekasih Miley Cyrus & Liam Hemsworth akhir’nya mengikat tali pertunangan secara sah pada 31 Mei 2012 yang lalu. Namun, tiada sebarang berita tentang perkahwinan. – Daily Mail

Walaupun Taylor Swift (gambar) tidak pernah sahkan yang lagu berjudul Dear John di’tujukan kepada sesiapa, John Mayer juga bekas kekasih berkata beliau merasa kurang senang dengan lagu tersebut sehingga hari ini. – People

Taman tema air popular Korea, Caribbean Bay mengesahkan yang Suzy daripada kumpulan miss A merupakan jurucakap terbaru mereka di’samping sebuah lagi kumpulan pop 2PM. Ini set gambar promosi pertama. Yumm. – allkpop

Bunyi seperti merepek tetapi ia’nya terjadi. Amanda Bynes di’dakwa memandu di’bawah pengaruh alkohol baru baru ini dan bintang remaja itu meminta Presiden USA untuk memecat polis yang menahan beliau. – Splash

VIDEO HARI INI: Kami peminat ventriloquist dan ini sebuah filem pendek tulisan dan arahan Benjamin Leavitt di’bintangi Kevin Spacey. Satu  inspirasi untuk penggiat filem bajet.