fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.121)

Brad Pitt dalam satu temubual di Cannes mengakui yang perkahwinan bersama Angelina Jolie masih belum mempunyai tarikh yang di’rancang dan mengakui ada tarikh yang sudah tersebar sebagai khabar angin. – Mirror

Bukan selalu selebriti Hollywood menangis & Usher hari ini di’lapor menitiskan airmata di’mahkamah selepas mendakwa yang bekas isteri’nya Tameka Foster mengugut untuk mencederakan teman wanita beliau. Hmm – Celebitchy

Khabarnya, David Teo telah menghantar SMS kepada Kamal Adli mewajibkan beliau untuk hadir ke tayangan perdana filem terbaru beliau atau di’kenakan tindakan saman. Eh? – GUA

Sekali lagi, khabar angin bertebaran mengatakan Justin Bieber kini telah berpisah dengan kekasih, Selena Gomez (gambar) selepas satu kenyataan kontroversi di Twitter dan hadir seorang diri ke majlis anugerah baru baru ini. – Splash News

Terasa kaya? Apakata anda tinjau rumah mewah Leornado DiCaprio yang terletak di Malibu, California ini yang turut hadir dengan pemandangan indah pantai hanya beberapa meter jauhnya. Sewa hanya untuk US$75,000 sebulan. – Celebuzz

VIDEO HARI INI: Google & penyiar dari Korea, MBC membawakan secara langsung sebuah konsert k-pop di Youtube yang berlangsung di Shoreline Amphitheatre (berdekatan Google HQ) dan menyaksikan penampilan SNSD, TVXQ, MBLAQ, Super Junior, Beast, KARA, f(x) dan lain lain.