fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.116)

Dalam perkembangan dunia perumahan hari ini, Ryan Seacrest telah berjaya membeli estet rumah mewah yang sebelum ini menjadi milik Ellen DeGeneres dengan harga US$49 juta dan pengacara ini memiliki pendapatan US$45 juta setahun. – TMZ

Bertuah menjadi duta L’Oreal Indonesia, Dian Sastrowardoyo bakal menghadirkan diri ke festival filem Cannes 2012 yang bakal berlangsung hujung bulan ini & berjumpa dengan rakan setugas dari pelbagai negara lain. – Kapan Lagi

Peminat muzik pop Korea, berita baik untuk anda semua yang mana kumpulan berpengaruh Big Bang telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah siri konsert Big Bang Alive Tour 2012. Yeah. – OHBULAN!

Tahukah anda kenapa penyanyi Dayang Nurfaizah yang bakal berumur 31 tahun ini masih belum mendirikan rumahtangga mahu pun memiliki kekasih hati? Fobia dengan kisah penceraian rumahtangga orang lain. Orang lain. – mStar Online

Kemunculan berturut turut Anne Hathaway tanpa mengenakan cincin pertunangan mengundang tanda tanya di’kalangan media dan kaki gossip Hollywood. Lebih lebih lagi selepas beliau menghabiskan hujung minggu dengan bukan tunang beliau. – The Superficial

VIDEO HARI INI: The Amazing Spider-Man merupakan salah sebuah filem yang paling di’nantikan untuk tahun 2012 ini dan secara eksklusif ini merupakan preview berdurasi 4 minit.