fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.33)

Ketika entri ini di’tulis, majlis anugerah Golden Globes akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi di Hollywood & Ricky Gervais di’khabarkan sudah ada senarai mangsa ucapan epik beliau yang memang di’nanti.- TV Line

Berita baik buat peminat siri filem Twilight kerana penerbit sudah memberikan gambaran yang Breaking Dawn Part 2 bukan penamat untuk siri Twilight. Oh shit. – MTV UK

Gambar pertama untuk filem terbaru James Bond, Skyfall telah di’keluarkan oleh penerbit filem ini menunjukkan Daniel Craig di tepi kolam renang dengan hanya berseluar dalam. – Daily Mail

Penyanyi yang kini menjadi obsesi kami, Adele di’khabarkan sah akan kembali ke pentas nyanyian Februari 2012 nanti selepas pembedahan beliau. Ada juga khabar yang kami dengar mengatakan beliau akan turun ke Malaysia pada Mac 2012 nanti. Oh please. – Huffington Post

Aktress Hollywood, Olivia Munn (gambar) mendedahkan poster terbaru kempen PETA yang mana beliau beraksi tanpa sehelai benang sebagai tanda protes terhadap penggunaan bulu haiwan dalam industri fesyen. – Celebuzz