fbpx

Perkongsian terbaru penyanyi Faizal Tahir menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan mengenai anak ketujuhnya yang lahir pada Disember lalu yang diberi nama Maryam Tahirah.

Reda apabila anaknya itu menghidap sindrom down, Faizal menyifatkan kehadiran anak perempuannya itu adalah anugerah berharga yang Allah hadirkan buat dia dan kelurga.

BACA: Kongsi Video Bacaan Al-Quran, Faizal Tahir Syukur Ada Yang Sudi Tegur Kesalahan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Tenang berkongsi cerita mengenai Maryam, Faizal berkata doktor memaklumkan kepadanya dan isteri bahawa bayi mereka mempunyai masalah jantung dan terpaksa dibedah selepas dilahirkan.

Menurut Faizal dia sudah bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, doktor turut mengesan masalah lain dalam perut bayi mereka. Sebulan sebelum dilahirkan, doktor mengesahkan anak perempuannya itu menghidap sondrom down.

Menurut Faizal, dia menerima baik anugerah yang Allah berikan kepadanya dan keluarga. Ujarnya, kehadiran anaknya mengajarnya untuk menjadi manusia lebih bersyukur.

“Saya menerimanya dengan baik. Saya tak ada rasa macam ‘down’ dan tidak timbul rasa kecewa atau persoal kenapa anak saya dilahirkan sindrom down.

“Kehadiran anak saya ini untuk jadikan saya manusia lebih baik dan bersyukur, saya boleh improve diri saya sebagai seorang hamba Allah,” katanya.

Lebih membuatkan dirinya tersentuh, Faizal berkata dia bercerita mengenai perkara itu kepada keluarga dan rakan-rakan, semuanya memberi maklum balas positif.

“Benda pertama yang keluar daripada mulut mereka ialah masya-Allah, subna-Allah, Allah kurniakan kepada kau anak syurga ‘bro’. Masa itu hati saya dengar memang tersentuh.

“Ada juga yang mengatakan tak semua orang dapat, saya insan terpilih untuk diberikan anak yang ‘istimewa’. Alhamdulillah benda ini sangat memberi semangat dan memberi kekuatan kepada saya dan isteri,” katanya.

Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim pada 2001 dan pasangan itu kini mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan.