fbpx

Faizal AF4 Mahu Jual Rumah A’Famosa Resort Selepas Mengaku Kahwin

Rasanya semua orang sudah tahu yang Faizal AF4 mengaku berkahwin lebih 10 bulan lalu.

Hari ini, keluarga Faizal AF4 mengeluarkan kenyataan yang beliau bersetuju untuk menjual rumah yang di’menangi ketika menjadi juara Akademi Fantasia 4 dahulu.

Rumah mewah bernilai lebih RM400,000 itu terletak di A’Famosa Resort, Melaka & sebab utama adalah Faizal AF4 tidak menetap di’sana kerana jauh dari Kuala Lumpur.

Lagipun, selepas tiada penyewa yang berminat, kos penyelenggaraan rumah tersebut di’tanggung oleh Faizal AF4 sendiri sebanyak RM2,000 setahun.

“Jadi, dia (Faizal) buat keputusan untuk jual saja rumah itu, hasil jualan rumah itu untuk beli dua rumah, di Kuala Lumpur dan Terengganu,” kata bapa Faizal AF4 kepada media.

Kalau mencari rumah di’Kuala Lumpur, RM400,000 sendiri belum tentu dapat rumah yang cantik setaraf dengan gelaran selebriti Faizal AF4.

Mungkin selepas berkahwin, beliau mahu hidup sederhana bersama isteri. Ha, mana isteri? Bila mahu bawa ke depan lensa kamera media?