Fahrin Ahmad Teringin Anak Kembar Pula
Walaupun baru sahaja menimang cahaya mata sulung tahun lalu, Fahrin Ahmad nampaknya sudah memberi bayangan kepada isterinya untuk menambah zuriat. Malah Fahrin juga sudah membuat perancangan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat kerana usia isterinya yang hampir mencecah 40 tahun pada tahun depan.
BACA: Fahrin Ahmad: Hidup Lengkap Lepas Jadi Bapa
“Orang kata rezeki itu semua datang dari Allah tetapi kami ada merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam jangka masa yang terdekat. Bagi saya perlu cepat lah memandangkan usia isteri saya pun bakal mencecah 40 tahun tahun ini dan tidak elok jika dilambatkan”
“Saya sudah bagi hint mengenai ini, malah saya sempat menyakatnya supaya mahu timang anak kembar pula bagi kelahiran kedua. Namun saya tidaklah mendesaknya, saya akan tunggu bila dia sudah bersedia dan anak saya pertama ini sudah membesar sedikit dalam setahun begitu,” katanya kepada Astro Gempak mengenai perkara itu.
Dalam masa yang sama, Fahrin turut mengakui kehadiran bayi sulungnya itu telah melengkapi kehidupannya. Bak kata orang, anak itu memberi rezeki kepada ibu bapa jadi apa salahnya kalau menginginkan anak yang ramai bukan. Seperti Fahrin, melalui pengalaman pertama sebagai bapa pasti menjadikan pembesaran bayi itu lebih seronok. (rtky/w)
semoga secepatnya
Aamiin ya
iya
Comel baby nye…
Comelnye anak fahrin :-)
lebih ramai anak lebih bagus… rezeki bertambah dan keluarga lebih ceria.
Very cute…
Mcm ni baru lah dikatakan baby cute. Let your son have a normal childhood. Tak payah letak dia kata reality show…. Over expose him to the public..own ig own show la…….jangan jadi mcm parents yang empat ekor tu….
so cute .. geram nye tngok baby tuh .. hahaha .. apa2 pun hope dpt lgi lh