fbpx

Fahami Pelanggan, Watsons Lancar Produk Dengan Bahan Semulajadi

Sentiasa peka dengan keperluan pelanggan dan kehendak pasaran semasa, Watsons baru-baru ini melancarkan produk penjagaan kulit dinanti-nantikan iaitu produk penjagaan kulit berdasarkan bahan-bahan semulajadi.

Sebut saja tentang bahan semulajadi dan organik, pastinya perkara pertama yang bermain di minda anda ialah harga yang boleh tahan juga bukan? Berbekalkan nekad/dedikasi untuk terus menghasilkan kualiti produk yang terbaik dengan harga mampu milik, Watsons memperkenalkan produk Naturals by Watsons dengan harganya yang semestinya memuaskan pengguna.

Naturals by Watsons hadir dengan dua rangkaian penjagaan muka yang berbeza iaitu Rice Bran (dedak padi) & Soy Bean (kacang soya) dan juga Tea Tree & Green Tea. Majlis pelancaran produk tersebut yang diadakan di Setia Alam turut memberi peluang kepada pihak media mereka untuk mengenali dan merasai sendiri pengalaman menggunakan bahan semulajadi tersebut.

Malah Terrarium Workshop yang turut diadakan pada hari pelancaran tersebut sangat mengujakan lebih-lebih lagi pihak media diminta untuk menggubah sendiri terrarium mereka. Lebih dekat anda dengan alam semulajadi, semakin anda memahami tentang pentingnya bahan organik, bukan?

Apa yang menarik tentang Rice Bran ialah ia membantu untuk mencerahkan kulit anda dari dalam. Malah Soy Bean pula sememangnya kaya dengan khasiat untuk menjana keremajaan dan kesegaran kulit sepanjang hari.

Rice Bran & Soy Bean hadir dengan 5 variasi berbeza iaitu buih pembersih, skrub pembersih, losyen, krim harian dan juga losyen pelindung matahari.

Sementara itu, bagi produk Tea Tree & Green Tea, ia hadir dengan 3-langkah rutin penjagaan wajah; bermula dari gel pembersih, toner dan juga losyen. Gabungan penggunaan 3 produk semulajadi ini nanti bakal membuatkan kulit semakin segar malah turut membuatkan anda tampak lebih cerah.

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia iaitu Caryn Loh, Watsons berbangga kerana kerana tumpuan produk penjagaan wajah terbaru ini dihasilkan dengan bahan tumbuhan yang mesra alam. Tambahan lagi, jenama Naturals by Watsons boleh memanfaatkan lagi para pengguna dengan mendedahkan kebaikan bahan semula jadi melalui kaedah pertanian organik yang betul.

Produk Rice Bran & Soy Bean dan juga Tea Tree & Green Tea hadir dengan harga mesra poket pelanggan iaitu sekitar RM39.90 sehingga RM49.90.

Selain Rice Bran & Soy Bean dan juga Tea Tree & Green Tea, Naturals by Watsons turut mempunyai 10 rangkaian produk berasaskan bahan semulajadi seperti Chia Seed, Quinoa, Coffee, Paw Paw, Aloe Vera, Argan, Blood Orange, Marula, Olive dan Prestige Rose. Setiap rangkaian produk tersedia untuk penjagaan yang rapi dari rambut ke badan.

Jangan ketinggalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama Naturals by Watsons dan produk terkini dengan mengikuti Facebook dan juga Instagram mereka.