Alhamdulillah dengan sekali lafaz dan mas kahwin bernilai RM1,100, hati dan kasih sayang Faezah Elai sah kini milik Heykal Hanafiah.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di rumah pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang sekitar jam 3.30 petang tadi.
Kami menerima gambar tidak eksklusif dari pereka pakaian untuk majlis pernikahan Faezah Elai, Hatta Dolmat.
Kami akan cuba membawakan maklumat terkini berkaitan majlis pernikahan yang menjadi tumpuan media hari ini. Seperti biasa, tekan F5 setiap 30 saat.
Beberapa keping gambar yang sempat kami kongsikan bersama anda semua di’sini hari ini. Termasuk gambar dekat wajah berseri si pengantin lelaki, Heykal Hanafiah. Enjoice!