fbpx

Faezah Elai Dikecam Pakaian Ikut Sunnah, Lidah Ikut Syaitan

Umum mengetahui Faezah Elai sangat sinonim dengan loghat utaranya, bagaimanapun menerusi perkongsian di Instagram, pelakon itu memohon maaf seandainya ada pihak yang terguris hati dengan pertuturannya yang disifatkan agak kasar.

Difahamkan, Faezah tampil menjelaskan hal tersebut apabila ada pihak yang mempertikaikan pemakaiannya yang berhijab namun seolah-olah tidak selari dengan pertuturan bahasanya yang agar kasar.

BACA: Faezah Elai Syukur Penampilan Tudung Labuh Jadi Ikutan

“Saya orang Penang, asal dari Penang. Jadi, memang cakap Utara. Tapi kalau bahasa Utara itu bunyinya kasar sampaikan anda dakwa macam ‘syaitan’, maka, saya memohon maaf sekiranya saya mengguris hati sesiapa.

“Anda boleh berhenti daripada mengikuti saya, tiada masalah. Nanti saya cakap orang putih anda kata pulak tak sedar diri anak benggali capati dok perasan Jessica Alba walaupon memang betullah saya macam Jessica,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faezah berkata penghijrahannya untuk berhijab bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak tetapi dilakukan sebagai usahanya memenuhi tuntutan agama serta mahu menjadi muslimah yang lebih baik.

“Tudung apapun saya pilih nak pakai, bukan sebab nak puaskan hati sesiapa, tapi hanyalah sebab saya rasa selesa dan saya berusaha untuk menjadi seorang muslim yang lebih sempurna.

“Pakai tudung ni dah nak masuk dua tahun, tak pernah nak cuba jadi ikon muslimah pun. Tak pernah cuba pun nak berdakwah dalam media sosial ni, sebab sendiri pun ke laut dalam,” katanya.