fbpx

Fadzil Zahari Tiada Niat Persenda ATM, Polis

Perkongsian pelakon dan penerbit Fadzil Zahari di Instagran baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila dituduh mempersendakan pasukan keselamatan negara.

Menyangkal tuduhan tersebut, Fadzil berkata niatnya hanya mahu membantu mencari insan yang sudi berkongsi wang bagi membeli jentera sama untuk ketika kecemasan terutama jika berlaku banjir.

BACA: Didakwa Perli Pasukan Penyelamat, Caprice & Fadzil Zahari Kena Sound Dengan Bekas Pegawai TUDM

“Niat saya sudah disalah erti. Tiada langsung terdetik dalam hati mahu mempersendakan pasukan keselamatan negara.

“Niat saya mahu mencari orang yang dapat berkongsi membeli jentera yang boleh digunakan ketika kecemasan. Saya mohon maaf jika ada yang terasa hati dengan hantaran yang dimuat naik mengenai bot polis dan bomba.

“Bagi yang komen umpama saya sindir Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh tengok semula gambar berkenaan. Ia tidak kaitan dengan aset jabatan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzil juga berharap berpeluang untuk bertemu dengan bekas tentera yang dikenali Capt Raiez yang membuat satu hantaran dalam aplikasi Tik Tok menegur tindakannya dan penyanyi rap, Caprice.

Kata Fadzil lagi, Capt Raiez sudah pun menghubunginya selepas dia membuat permohonan maaf di IG beberapa hari lalu.

“Saya akui mungkin ada kesilapan saya. Pemahaman saya berbeza ketika memuat naik hantaran berkenaan. Namun, pemahaman orang lain pula jadi lain, jadi saya dengan rendah diri ingin mohon maaf atas kekhilafan,” katanya.

Terdahulu,  perkongsian penyanyi rap, Caprice dan Fadzil Zahari yang memuat naik gambar aset dan kenderaan yang digunakan oleh agensi keselamatan. Susulan perkongsian itu, ada yang mendakwa posting tersebut ada ‘double meaning’ seolah mempersoalkan keberadaan aset-aset agensi keselamatan.