fbpx

Fad Bocey dan Nur Syahirah Selamat Bergelar Suami Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Fad Bocey yang sudah pun bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Nur Syahirah A.Rahman, 21, dengan satu lafaz pada hari ini yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah. Sebelum majlis nikah, majlis tunang turut diadakan di lokasi yang sama.

BACA: Fad Bocey Bakal Akhiri Zaman Bujang

Sebelum berkahwin, Fad pernah mengakui dirinya memang memerlukan seorang teman hidup yang mampu menjaganya di sini kerana dia sendiri berjauhan daripada keluarga yang berada di Johor.

“Saya sudah berjauhan dengan keluarga saya di Johor, jadi kalau boleh saya mahu ada orang yang menjaga makan dan minum saya di sini. Malah, saya lihat kehidupan orang berkeluarga ini nampak lebih baik dan teratur seperti Achey dan isterinya,” ujarnya.

Nampaknya, tercapai sudah hasrat Fad untuk berumah tangga dan kami ucapkan semoga berbahagia dalam mengecapi alam rumah tangga. Selepas ini, nampaknya adalah orang akan temankan Fad. (rtky/syfq)