Fad Bocey Bakal Akhiri Zaman Bujang, Nikah Pilihan Hati 14 Mac Ini
Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Fad Bocey yang bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati, yang dikenali sebagai Nur Syahirah A.Rahman, 21, pada 14 Mac ini di Jitra Kedah.
“Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya,” ujarnya sambil memberitahu majlis resepsi akan diadakan di Dewan Tun Rahah, dekat sini pada 23 Mei depan.
Menurut Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu, kerana ketika itu Syahirah sering hadir ke program tersebut bagi menemani kakak angkatnya yang juga pelawak Jihan Musa.
“Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM 2013, dia selalu datang ke program tersebut untuk menemani Jihan Musa. Daripada situ saya sudah mula terpikat,” katanya sambil menjelaskan bahawa Syahirah sukar didekati sehinggalah Fad melamarnya ketika hari jadi bakal isterinya itu pada 21 Oktober tahun lalu.
Kata Fad yang berusia 24 tahun dan Syahirah, 21, dia memerlukan seorang teman hidup yang mampu menjaganya di sini kerana dia sendiri berjauhan daripada keluarga yang berada di Johor.
“Saya sudah berjauhan dengan keluarga saya di Johor, jadi kalau boleh saya mahu ada orang yang menjaga makan dan minum saya di sini. Malah, saya lihat kehidupan orang berkeluarga ini nampak lebih baik dan teratur seperti Achey dan isterinya,” ujarnya. (rtky/syfq)
alhamdulillah..baguslah bfikiran mcm tu..nampk matang n bkn nk couple suka2 je..tahniah..moga kekal smp jannah..amin
betul3
Tak suka fad. Kaki kikis duit perempuan , bila menang terus bangga nak beli mini cooper terus. Pastu kawan perempuan aku ni ditinggalkan mcm tu je. lumrah artis bila da naik. sampai mati aku akan igt apa ko buat kat kawan aku. Semoga berbahagia ye Fad. Tolong hargai bakal bini kau ni dan jangan sesekali buat apa kau buat dekat kawan aku dengan perempuan ini. Aku harap dia ajar kau sesuatu. Nilai kasih sayang dan cinta sejati yang tak boleh dijual beli.
Oh ya, ko tak handsome mana pun Fad, so jangan berlagak handsome.
alah.. fad.. pompuan tu bukan sayang kat ko betul2.. bile ko dah ade nama ade duit baru nampak.. ce kalo ko org biasa2.. ko hengat ko bleh dpt ke yg cun? fake people..
nampak sgt dia nk amik duit kawan je tpi bkn cintakanya.. lelaki xkn lpaskn wanita yg dia btol2 syg.. x kisah mcm mna pun keadaan ppuan tu.. kesian kwn awk.. tpi tula bnda dh tjadi.. pasni be carefull klu lelaki mntk duit lebih2.. mmg lelaki tu x bole pakai..
tahniah fad…aku mmg suka ngn lawak ko..slamat menempuh hdup bahagia berdua ngn isteri x lama lg..
Prmpuan tu ex gf Jep Sepahtu kan..Btw tahniah. Semoga berbahagia
ehem ehem. maksud kau nazeera sardi ke? tu still gf jep.. yg ni takde kena mengena ngan jep.. mmg gf fad je.
sape yg kenal dorg ni tau la yg bkl isteri fad ni mmg ex gf jep sbelum ni….fad mmg rapat ngn syahira ni dari dulu & semasa syahira jd gf jep…syahira break ngn jep sbb prngai jep yg player tu…yg ni x ramai yg tahu ( sbb ramai jgk x expect yg prngai jep camtu.hehe). sape slalu lepak sama2 tgok dorg main bola, tau la kes ni..
tahniah
Tahniah..smga kekal ke jannah,insyaallah amin.
dia ni mmg ex jep… sblum dgn nazeera… semua pminat jep tahu…
ex aku ni…baru pas kat jep..