fbpx

Ezlynn Musykil Jumpa Pasir Misteri Dalam Rumah

Jika anda mengikuti Instagram Ezlynn Ariffin, baru-baru ini penyanyi itu berkongsikan foto penemuan objek misteri serupa pasir di bahagian stor rumahnya. Malah, Ezlynn musykil bagaimana pasir itu boleh berada di situ.

Menurut Ezlynn sudah dua kali dia menemui pasir tersebut dan sudah puas mencari punca, termasuk kemungkinan ada bahagian rumah yang rosak namun masih buntu mengenainya.

BACA: 3 Tahun Bertudung Bulan Ramadan, Ezlynn Kini Kekal Berhijab

https://www.instagram.com/p/CEuA9_Pg0Dw/?utm_source=ig_embed

“Sebenarnya saya pernah jumpa sekali benda itu lebih dua tahun lalu dan sudah bersihkan sepenuhnya. Tiba-tiba, ia timbul balik semalam membuatkan saya buntu dan musykil apa benda sebenarnya.

“Saya kemudian periksa bahagian rumah termasuk siling, barangkali ada anai-anai, tapi tak jumpa. Padahal saya tinggal sendiri di rumah, tak tahulah siapa pula letak pasir itu di sana,” katanya.

Ezlynn berkata dia terjumpa objek misteri itu sewaktu melakukan pembersihan di bahagian rak kasut stor rumahnya. Bagaimanapun dia enggan terlalu memikirkan perkara itu apatah lagi sehingga meminta bantuan daripada pakar mistik.

“Semalam, saya menyusun kasut-kasut di rak, tapi terjumpa pula objek itu buat kali kedua. Semestinya menjengkelkan apabila setiap kali bersihkan rumah, tiba-tiba timbul pula. Saya husnuzon sajalah. Ada yang kata muntah kucing tapi saya tak bela kucing pun. Objek itu sebenarnya lebih kepada serupa pasir.

“Setakat ini, saya tidak mahu lagilah rujuk atau minta panduan pakar yang berkenaan. Tiada apa-apa yang serius pun dan hendak dirisaukan sangat. Saya pun tak mahu ia menimbulkan sebarang fitnah,” katanya