fbpx

3 Tahun Bertudung Bulan Ramadan, Ezlynn Kini Kekal Berhijab

Selepas tiga tahun cuba memakai tudung setiap kali bulan Ramadan, akhirnya penyanyi Ezlynn membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas berakhirnya Ramadan baru-baru ini.

Ezlynn berkata Allah yang menetapkan di atas apa yang berlaku dan permudahkan niatnya untuk menutup aurat serta menjadi insan yang lebih baik.

BACA: Bekas Suami Rompak Rumah Ezlynn?

“Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama 3 tahun berturut-turut. Tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab terus sepenuhnya.

“Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia tetapkan,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini rata-rata netizen bertanyakan mengenai imejnya itu yang masih berhijab meskipun selepas Ramadan. Dalam pada itu, Ezlynn berkata penghijrahannya bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.

“Saya berhijrah hanya kerana Allah, tiada sebab untuk berhijrah kerana sesiapa. Cuma apa yang terdetik di hati saya tahun ni rasa nak berhijab,” katanya.