fbpx

Eyka Farhana Tak Nak Kongsi Hal Dengan Akhyar Rashid

Hubungannya dengan pemain bola sepak kebanggsaan, Akhyar Rashid bukan lagi rahsia, pelakon Eyka Farhana berkata dia tidak mahu lagi berkongsikan mengenai kekasihnya di media sosial.

Jika sebelum ini ada sahaja perkongsian Eyka bersama Akhyar di Instagram, namun dia lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan hubungan mereka.

BACA: Belanja Gambar Tayang Lurah, Netizen Tegur Eyka Farhana Jaga Aurat

“Tak payahlah cerita tentang hal ini kerana rasanya semua orang dah tahu tentang hubungan kami. Kami masih berkawan seperti biasa.

“Dalam media sosial pun kalau saya rasa nak tunjuk, saya akan tunjuk. Saya lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol,” katanya.

Dalam pada itu, Ekya berkata buat masa ini masing-masing ada impian dan cita-cita yang ingin dikejar demi jaminan masa hadapan.

Ditanya mengenai soal mendirikan rumah tangga, Eyka berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh di usia muda.

“Buat masa ini saya belum terfikir untuk ke fasa itu kerana mahu fokus karier, tapi jika takdir jodoh sampai awal, saya tidak menolak. Doakan yang baik-baik,” katanya.