Eyka Farhana Dikecam Muat Naik Video Perlawanan Dalam Stadium
Umum mengetahui semalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang kejuaraan saingan Liga Super Malaysia buat kali ke-7 selepas berjaya membenamkan pasukan Sabah.
Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila pelakon Eyka Farhana memuat naik video di Insta Story menunjukkan pemandangan dari dalam Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ketika perlawanan itu sekaligus mengundang kecaman netizen.
BACA: “Akhyar Kelakar, Baik Hati, Saya Sentiasa Tergelak”
Bagaimanapun, Eyka yang juga kekasih kepada pemain pasukan JDT, Akhyar Rashid dilihat memadam video itu dan serta memuat naik status bagi menjelaskan perkara sebenar.
“Video yang saya muat naik dalam perkongsian sebelum ini saya ambil dari ahli keluarga. Jangan salah faham,” tulisnya.
Sementara itu di media sosial, perkongsian Eyka itu menjadi bualan hangat netizen terutama peminat bola sepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan pendirian oleh penganjur liga Malaysian Football League (MFL).
Salam @MKNJPM bukan ke penyokong tak dibenarkan masuk ke dalam stadium? pic.twitter.com/na7POtjbRQ
— Afiq Shari ?? (@AfiqShari) October 2, 2020
Malah, netizen beranggapan MFL seolah seperti menutup mata berkaitan isu kehadiran para penyokong atau ahli keluarga ke stadium.
Bagaimanapun, pihak Malaysian Football League (MFL) mengesahkan pihak JDT sudah membuat permohonan untuk membawa ahli keluarga pemain berskala kecil untuk menonton perlawanan itu di stadium.
- SUMBER
- Harian Metro
team lain nk lawan sabah, or baru balik dari perlawanan di sabah, kena kuarantin, sop bagai.. jdt boleh pulak main, siap bawak fans masuk stadium.. bila jadi isu, jdt ada org backup pulak, katanya dah buat permohonan bawak masuk fans.. why sebelum ni MFL @ FAM tak bgtau yg ada permohonan untuk benarkan sebilangan fans yg boleh masuk stadium? pelik kan? This is Malaysia bebeh
Who r yous??!!