Ramai mengetahui tentang hubungan mesra pelakon Eyka Farhana dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid. Malah, sejak kebelakangan ini kedua mereka dilihat semakin terbuka berkongsi kisah mereka di media sosial.

Malah, hubungan mereka hangat diperkatakan apabila Eyka berkongsikan gambar bersama seorang lelaki. Meskipun gambar itu dari belakang, namun rata-rata netizen yakin bahawa individu tersebut dipercayai Akhyar.


BACA: Foto ‘Bercumbu’ Eyka Farhana & Janna Nick Dikritik Galakkan LGBT

Enggan terlalu terbuka kongsikan soal cinta, Eyka berkata dia dan Akhyar masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing. Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu akui senang dengan Akhyar dan menyifatkan jejaka itu seorang yang baik hati.

“Cuma, apa yang boleh saya katakan, Akhyar seorang lelaki yang kelakar, baik hati dan paling utama, mementingkan keluarga.

“Jika berbual dengannya, saya akan sentiasa tergelak dengan telatahnya sepanjang masa,” katanya kepada BH Online.

Walaubagaimanapun, Eyka berkata tidak menolak ketentuan takdir sekiranya berjodohan dengan jejaka berusia 21 tahun itu. Ujarnya, dia juga mengharapkan pengakhiran yang baik dan meminta agar mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Saya hanya mengikut rentak dalam hubungan. Pastinya, saya mengharapkan pengakhiran yang baik. Saya percaya ada jodoh pasti tak ke mana. Doalah yang baik-baik,” katanya.