fbpx

Pasti ramai tahu mengenai hubungan cinta pelakon jelita, Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Akhyar Rashid bukan lagi rahsia.

Memetik Harian Metro, Eyka berkata dia menyerahkan kepada jodoh mengenai hubungannya dengan Akhyar. Menurutnya lagi, dia dan Akhyar  menjadikan kerjaya masing-masing sebagai fokus utama.

BACA: Kongsi Rutin Skincare, Eyka Farhana Dipuji Tak Mekap Pun Cantik

“Kami seperti orang biasa, masih berkawan seperti sama saja. Apa yang penting adalah kami baik terhadap satu sama lain. Dia fokus dengan kerjayanya sebagai pemain bola dan begitu juga saya.

“Malah, kami juga turut menjadi penguat semangat buat satu sama lain. Semestinya saya mempunyai hasrat untuk berkahwin namun mungkin belum sampai seru lagi. Ini kerana saya percaya kepada perkara itu.

“Buat masa ini, saya hanya ingin melakukan yang terbaik untuk masa hadapan saya. Fokus utama diberikan terhadap kerjaya seni dan selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Eyka berkata dia pasti akan berkahwin seandainya sudah sampai seru kelak.

“Seandainya sampai seru saya untuk berkahwin, siapa tahu pada tahun hadapan. Mana tahu juga dua tahun lagi ke kan? Seperti saya katakan tadi, saya selalu percaya bila orang kata, sampai seru tu,” kata Eyka.