fbpx

Pelakon Abby Abadi mengatakan dia merestui penglibatan anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim dalam dunia hiburan meskipun bimbang jika anaknya itu mengulangi kesilapan yang seperti dilakukannya sebelum ini.

Memetik mStar Online, bagaimanapun Abby sentiasa mengingatkan anaknya itu supaya menjaga hubungan baik dengan Allah dan tidak leka.

BACA: Anak Norman & Abby Tolak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

“Pada awalnya memang saya tak melihat anak-anak saya akan terlibat dalam dunia seni, namun apabila dia ada minat ke arah itu saya tidak menghalang.

“Saya selalu nasihatkan dia supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Selalu menjaga hak Allah dan tahu batas dalam dunia lakonan. Saya tidak mahu dia ulang kesilapan yang saya pernah buat sebelum ini. Ketika berlakon dulu, saya pernah terleka. Saya tidak mahu ia terjadi kepada anak-anak saya,” katanya.

Menurut Abby lagi dia berharap Danish dapat menyampaikan mesej yang baik kepada penonton. Sebelum ini, Danish pernah mengikuti pengajian hafazan di Turkiye pada usia 14 tahun.

“Ramai yang anggap seseorang yang ada latar belakang agama tak boleh masuk dalam dunia hiburan. Perkara itu harus diubah. Siapa tahu dengan ilmu yang Danish ada dia boleh mengajak lebih ramai untuk mendekati agama.

“Bukan satu kesalahan besar bagi mereka yang ada pendidikan agama untuk terjun ke dunia seni sebab kalau pandai bawa diri, kerja apa sekali pun tidak akan ada sebarang masalah,” katanya.

Sebelum ini, Danish berkata dia memegang teguh pada prinsip untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon.