fbpx

Eskpo Negaraku Belanja Buah Selama 2 Hari

Berlangsung selama sebulan bermula 15 November lalu sehingga 15 Disember nanti, Expo Negaraku akan adakan Pesta Buah Buahan yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November ini bertempat di Dataran Merdeka.

Bagi yang belum pernah jejakkan kaki di tapak Expo Negaraku, anda memang rugi sebab macam-macam perkara menarik yang ada di sini dan pesta buah yang akan diadakan ini nanti adalah percuma!

Ha, apa lagi, jom pakat dengan kawan-kawan dan keluarga datang hujung minggu ini. Mari kami kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang pesta ini nanti.

Makan Buah Sampai Puas!

Ada 9 gerai yang akan dibuka nanti. Empat (4) daripadanya menjual buah-buahan dan lima (5) lagi gerai akan menjual jus buah-buahan, mango shake, durian crepe dan macam-macam lagi.

Antara beberapa buah yang anda boleh dapatkan secara percuma selama 2 hari itu nanti ialah nanas, nangka, jambu, pisang dan macam-macam lagi. Pesta ini bermula dari 10 pagi hingga 10 malam buat kedua-dua hari tersebut.

Memang seronok luang masa dengan keluarga sambil menikmati buah-buahan yang ada. Rekaan yang ada di Expo Negaraku memang cool gila.

Siapa Kata Susah Nak Datang Sini?

Anda dari Seremban? Tiada masalah sebab anda boleh naiki kemudahan awam yang ada dan lokasi Expo Negaraku ini pun memang senang nak akses dari mana-mana stesen kemudahan yang ada. Rujuk gambar di atas untuk memudahkan anda.

Grab Pun Ada Bagi Promo, Jimat Dah

Jika anda pengguna setia Grab, ini peluang anda untuk berjimat sebab Grab pun ada sediakan promo sepanjang Expo Negaraku berlangsung. Bukan ke dah mudah nak datang’kan?

Guna #ExpoNegaraku Dan Berpeluang Menangi Barangan Eksklusif

Kalau tengok di laman sosial, memang dah ramai kongsikan pengalaman mereka menggunakan hashtag #ExpoNegaraku melalui video atau gambar pun boleh. Dan sebenarnya, dengan gunakan hashtag #ExpoNegaraku juga, anda berpeluang untuk dapatkan barangan eksklusif ekspo ini.

Siapa yang dah pergi dan rasai sendiri pengalaman perasmian Expo Negaraku baru-baru ini, confirm akan rindukan pelbagai aktiviti yang ada dan juga warna-warni kubah yang terdapat di sana pada waktu malam.

Jadi, rancang perjalanan anda untuk ke Expo Negaraku pada 25 dan 26 November ini. Sambil-sambil luang masa dengan keluarga, anda juga dapat melihat dengan sendiri pembangunan negara bermula dari dulu sehinggalah perancangan pasa masa hadapan.

Kami kongsikan beberapa gambar aktiviti menarik yang anda boleh cuba sendiri di sana nanti.