fbpx

Erysha Emyra Akui Sedang Kenal Hati Budi Hun Haqeem

Pasti ramai tahu drama Chinta Wrong Direction lakonan Hun Haqeem dan Erysha Emyra kini sedang ditaangkan di kaca televisyen.

Malah, ramai yang mendakwa kedua pelakon itu menjalinkan hubungan cinta apabila mereka dilihat mempunyai keserasian dalam drama berkenan.

BACA: Dipuji Seperti Lelaki Korea, Hun Haqeem Buat Peminat Tak Keruan

Memetik Kosmo, Erysha tidak menafikan dia dan Hun Haqeem sedang saling mengenali hati budi. Bagaimanapun, mereka tiada hubungan istimewa sebaliknya selesa berkawan rapat.

“Ya, kami memang sedang mengenal hati budi masing-masing sebab kami rapat kerana telah berbulan-bulan bekerja bersama-sama.

“Tetapi, hakikatnya kami tiada apa-apa hubungan selain selesa berkawan rapat buat masa ini macam dengan pelakon lain,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada dramatis popular, Datin Seri Noniswara itu hanya tertawa apabila diusik mengenai keseraiannya bersama Hun Haqeem sehingga ada yang mendoakan jodoh mereka di dunia realiti.

“Memang ada orang ‘kenenkan’ kami berdua dan sekali lagi saya maklumkan bahawa saya dan Hun tiada apa-apa,” katanya.