fbpx

Erra Fazira Masih Bertegur Dengan Bekas-Bekas Suami

Pernah berdepan perceraian sebanyak dua kali, pelakon Erra Fazira berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan dua bekas suaminya.

Erra berkata masing-masing masih menjalin hubungan baik atas dasar profesionalisme. Bagaimanapun, dia menghormati bekas-bekas suaminya yang kini mempunyai kehidupan sendiri.

BACA: Erra Fazira Tak Mahu Selamanya Menjanda

“Saya tiada masalah, malah tetap baik dengan bekas suami kerana saya seorang yang menghormati perjalanan kehidupan baru orang lain. Jadi saya tak ada campur sangat.

“Cumanya kalau ada berjumpa dan sebagainya, saya okay, baik dan boleh sahaja untuk bertegur sapa. Cumanya saya tiada berhubung selalu dengan mereka kerana saya hormat kehidupan orang lain,” katanya.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.