fbpx

Erra Fazira Mahu Pergi Haji Setiap Tahun

Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah haji, Erra Fazira meluahkan hasratnya untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu setiap tahun jika diberikan rezeki oleh Allah.

Berkongsikan pengalaman hajinya, Erra berkata ianya momen paling indah dalam hidupnya dan pasti akan merindui kengangan sepanjang berada di Tanah Suci.

BACA: “Saya Terima Jika Ada Yang Panggil Hajjah”

“Alhamdulillah, perjalanan ibadah terindah bagi saya. Ianya lebih indah daripada yang saya jangkakan sebelum ini. Saya pasti akan merindui setiap kenangan sepanjang mengerjakan ibadah haji di sana.

“Terasa masa seperti cepat berlalu ketika di sana. Keajaiban adalah saya rasa ketenangan yang terindah yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

“Jika diberikan kesempatan dan dimurahkan rezeki, saya pasti ingin kembali lagi ke kota suci. Kalau tanya dengan orang yang dah pernah pergi, pastinya mereka ingin kembali semula ke Mekah,” katanya kepada KopiPlanet

Sebelum ini, Erra berkata dia tidak kisah jika ada yang memanggilnya dengan gelaran Hajjah. Ujarnya lagi, mutawwif memberi nasihat supaya tidak menolak panggilan itu.