Nampaknya kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari masih lagi hangat diperkatakan.

Hari ini, nama Ernisha pula menjadi bualan ramai dan dikecam teruk berhubung video tersebut. Tidak hanya mahu berdiam diri, akhirnya Ernisha membuka mulut mengenai isu tersebut menerusi Insta Story.


BACA: “Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini”


Apa yang mengejutkan Ernisha mendedahkan ada pengkhianat dikalangan Dewi Remaja. Ernisha turut berkongsikan ‘screenshot’ perbualan Whatsapp antara seorang lagi finalis Dewi Remaja yang menimbulkan tanda tanya.



Perkongsian itu bertambah panas apabila seorang pengguna Twitter bertanyakan kepada Ernisha mengapa nama seorang Dewi Remaja dalam perbualan tersebut tidak diselindungkan. Namun, ini jawapan oleh Ernisha.

Jawapan tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi dikalangan netizen. Susulan itu, akaun Instagram Anna diserang bertubi-tubi oleh netizen dengan pelbagai persoalan dan komen yang mahu bertanyakan tentang kesahihan dakwaan tersebut.

Setakat ini masih tiada pihak yang tampil menjelaskan perkara sebenar. Apa pun diharap netizen tidak membuat spekulasi liar berhubung perkara tersebut dan sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.