fbpx

Ernie Zakri Selamat Bersalin Anak Perempuan

Nampaknya ramai selebriti menyambut kelahiran bayi mereka pada tarikh cantik dan istimewa hari ini iaitu 22.02.222.

Termasuklah, penyanyi Ernie Zakri yang selamat melahirkan cahaya mata sulung, bayi perempuan pada jam 10.14 pagi tadi.

BACA: Bakal Bersalin Bulan Depan, Ernie Zakri Cari Pengganti Di AJL36

Menerusi Instagram, Ernie berkongsikan berita gembira itu buat pengikutnya. Menerusi entri itu, Ernie meluahkan rasa syukur di atas kelahiran zuriatnya itu.

Sementara itu, Syamel turut memuat naik perkongsian di Instagram berkongsikan berita gembira itu serta meminta untuk mendoakan kesihatan Ernie dan anak perempuan merkea.

“Syukur Alhamdulillah , Cinta hati Ibu & Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy ingat birthday , 22.02.2022.Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” tulisnya.

Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.