fbpx

Bakal Bersalin Bulan Depan, Ernie Zakri Cari Pengganti Di AJL36

Usia kandungan sudah mencecah lapan bulan, penyanyi Ernie Zakri sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-36.

Menurut Ernie, dia tidak dapat membuat persembahan kerana bakal bersalin dalam masa terdekat ini kemudian menjalani proses berpantang.

BACA: Hamil Anak Sulung, Ernie Zakri Tak Dapat Tahan Diri Kunyah Ais

“Saya masih lagi menanti daripada pihak produksi bila tarikh persembahan untuk AJL36 kerana setakat ini masih belum pasti lagi sama ada ia akan diadakan pada Februari atau Mac.

“Kalau Februari, InshaAllah saya bakal melahirkan dan kalau Mac pula saya tengah berpantang. Jadi mustahil bagi saya untuk berada di atas pentas pada waktu itu,” katanya.

Ernie berkata dia dan syarikat rakamannya sedang dalam perbincangan untuk mencari calon sesuai serta perlu mendapatkan pendapat daripada komposer lagu boneka.

Dalam pada itu, Ernie berkata dia menerima banyak cadangan daripada netizen namun dia berharap calon tersebut dapat memberikan persembahan yang terbaik di AJL36.

“Sekarang saya dah mula melihat dan fikirkan calon yang terbaik. Doakanlah agar pencarian pengganti saya untuk menyanyikan lagu Boneka ini berhasil.

“Banyak juga terima cadangan daripada netizen yang mahukan Ziana Zain sebagai pengganti. Of cource la happy kalau dapat saksikan Ziana Zain menyanyikan lagu saya sendiri.

“Tapi macam saya katakan, kami masih lagi mencari calon pengganti dan berharap agar dia dapat berikan persembahan yang best,” katanya.