Berita Harian petang ini melaporkan yang pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azme (Bade) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas 24 tahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimana pun, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan nama Bade Hj. Azmi gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian mereka hari ini dan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membenarkan Erma Fatima untuk mengeluarkan notis amaran.


BACA: Madu Erma Fatima Selamat Timang Cahaya Mata

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Sebelum ini, dalam temubual bersama mStar Online, Erma dan Bade menafikan akan bercerai malah Bade sebaliknya berkata dia masih sayangkan Erma. Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.



Hasil perkahwinan bersama Aida, mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad yang kini sudah pun berusia enam bulan. (rtky/s)