fbpx

Erin Malek Bertatoo dan Tindik Lidah. Melayu Urban!

Photobucket Uploader Firefox Extension

Ingat lagi dengan gadis kecil manis yang memegang watak awek pujaan dalam filem Tentang Bulan? Dia ialah Erin Malek. Comel kan dia? Tapi itu dulu sekarang dah besar tapi still sweet dan sosial. Nak kasar sikit, orang panggil liar.

Ops! kami tak tuduh tapi Erin sendiri yang mengaku dalam sebuah rancangan hiburan TV9, Galaksi episod minggu lepas. Thanks to Ohartis sebab kasi alert kami tentang hal ini. Maklumlah, zaman sekarang TV bukan lagi prioriti pertama kami kerana semuanya dihujung jari.

Kami telah menonton episod Galaksi minggu lepas di tonton.com.my untuk mendengar sendiri pengakuan Erin yang dia tindik lidah dan bertatoo!

Photobucket

Ya, memang betul dia tindik lidah, siap tunjuk pada penonton lagi seperti yang korang lihat pada gambar di atas. Nak tengok full version gaya Erin tunjuk lidah kenalah menonton Galaksi minggu lepas. Erin juga mengiyakan dakwaan dia memakai tatoo tapi itu hanyalah tatoo sementara yang senang didapatkan di kedai ‘body art’.

Ketika ditanya adakah tatoo itu boleh dinampak ketika Erin memakai tshirt ini jawapan yang diberi Erin, less or more:

“Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.”

Kami yakin ramai lagi remaja diluar sana yang berperangai sama tapi tidak mendapat perhatian media kerana korang bukan artis. Erin, you are rock!