Umum mengetahui sejak awal tahun ini penampilan pelakon Enot menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin kurus dan berjaya menurunkan berat badan.
Menurut Enot lagi, dia tidak mengambil gula dalam makanan serta sudah setahun dia tidak mengambil nasi. Terbaru, Enot berkongsikan berat terbarunya 70 kilogram.
BACA: Enot Nafi Kurus Sebab Buat Bariatrik, Setahun Tak Makan Nasi
@
Menerusi perkongsian di TikTok, Enot berkata selain mengamalkan diet, dia turut melakukan aktiviti bagi membantu proses penurunan berat badan antaranya bermain bowling.
Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, Enot berkata dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 35 kilogram dari 105 kilogram sebelum ini serta mengamalkan produk makanan tambahan.
Sebelum ini, Enot menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia melakukan pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan.
Enit berkata sebagai bekas pesakit kanser usus dia tidak boleh melakukan pembedahan berkenaan kerana boleh mengancam nyawa.
“Saya ni bekas penghidap kanser usus. Usus saya tak boleh usik langsung. Kalau saya potong bermakna saya tempah maut. Jadi saya tak boleh. Saya diminta untuk turun secara natural sebab lutut dengan tulang belakang saya ada masalah,” katanya.