fbpx

Engku Emran Jawab Gosip Cinta Dengan Fiza Halim

Sebelum ni hangat diperkatakan menerusi perkongsian di TikTok, Engku Emran didakwa menjalin hubungan bersama Fiza Halim selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada pelakon itu.

Menerusi temu bual bersama radio Zayan, ahli perniagaan itu menafikan tuduhan tersebut serta menegaskan berita berkenaa adalah fitnah.

BACA: Engku Emran, Fiza Halim Bercinta?

“Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak dia kacukanlah. Bulan puasa mereka datang ke Malaysia, saya jamu dia buka puasa di rumah saya, kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

“Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian-sekian. 

“Daripada situ orang buat cerita, masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah,” katanya.

Dalam pada itu, bekas suami kepada Noor Nabila itu turut memberitahu gosip tersebut turut memberi kesan kepada Allahyarham ibunya, Salmah Abu Bakar.

“Masa itu arwah ibu saya masih hidup, dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran? Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita, anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedap lah,” katanya.

Terdahulu, Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 September lalu.