Sejak Februari lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran apabila didakwa menanti belah.
Malah, sumber rapat pasangan itu berkata mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses bercerai.
BACA: “Jaga Sensitiviti, Nabila Isteri Orang” – Sharnaaz
Bagaimanapun, status rumah tangga pasangan itu masih menjadi tanda tanya apabila kedua mereka mengambil keputusan mengunci mulut.
Terbaru, memetik BH Online, menerusi perkongsian di TikTok, Emran didakwa sedang menjalin hubungan bersama Fiza Halim selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada pelakon da penyanyi itu.
Diruangan komen, ada netizen menggelar Engku Emran sebagai ‘Wedding Ring Collector’ dan lelaki yang mempunyai ciri ‘Red Flag’ kerana sering bertukar-tukar pasangan.
Namun, ada netizen mengatakan remaja bersama Emran dalam foto tular itu adalah anak buahnya, Maja dan Aisa, bukannya anak Fiza seperti yang didakwa.