Ellie Suriaty Cabar Dr Azra Munculkan Diri Jika Benar Wujud
Pelakon yang juga bekas isteri aktor Azri Iskandar iaitu Ellie Suriaty mencabar kekasih bekas suaminya bernama Dr Azra munculkan diri selepas meragui tentang kewujudan wanita itu.
Memetik mStar Online, Ellie berkata identiti Azra masih belum dikenalpasti dan tiada sebarang maklumat menegenainya menerusi carian Internet. Menurut Ellie lagi, dia tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi namun bimbang jika ia adalah love scam.
BACA: “Saya Tak Pernah Minta Dia Seurat Rantai & Duit, Yang Saya Perlukan Kesetiaan” – Ellie Suriaty
“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.
“Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya?
“Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok,” katanya.
Dalam pada itu, Ellie berkata mana-mana wanita yang mahu berkahwin dengan bekas suaminya itu supaya bersikap jujur.
“Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia. Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama,” katanya.
Terdahulu, Azri mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga lagi dengan seorang wanita bernama Dr Azra Diera merupakan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.
- SUMBER
- mStar Online
Aduh. Kegilaan apakah ini
Cabar nk wtpe plak ko dh Azri dah xde apa2 kaitan x payah sibuk laa. Move on dgn your own business laa nenek
weh privacy orang kot makcik… teruk sangat dah tahap tak redha kau ni.. benda dah jadi.. kau kena telan woi
camne nk move on..photo tu mengundang nostaziah sgt…mesra nmpk nek…
Gasak kau la kak…nanti keluar kau jugak yg sakit hati…lebih baik kau pergi jab dari layan ex kau, yang terang dah tak sabar nak tidurkan Dr Ezra
biar la… kan dia ckp pernh hdup basama…so dia lagi tau. korang ni tlg la pk positif… tlg la jgn sibuk rmhtangga org…kite doakan yg terbaik.. ade sbb elly buat cmtu
Hahaaahh… bertambah gila la ko duda weiiii
orang yg dah kahwin berpuluh tahun pun boleh bercerai berai.
benarkan, jodoh ajal maut semua ketentuan Tuhan.
masing2 manusia diuji dgn ujiannya yg tersendiri.
kita takkan tahu apa orang rasa sebab kita sendiri ada ujian kita
Move on je lah sistur.
Abam azri bkn anak kecil yg perlu dijaga lg.
Atau
Jika masih ada rasa syg ko rujuk balik saja lah dedua. Anak2 pun happy. Ko pun insof yg ko sebenarnya syg kan dia. Lg pun abam azri bkn nye kes curang. Dia just melalui middle age crisis. Ni pndpt sistur saja. Sistur mahu ubolls kembali bersama.
gila dr azra nk muncul, mampus kena kecam.. pengsan anak mak nnt
tanda2 pompuan dah start nak meroyan. sabar la makcik. sabar tu kan separuh daripada iman. makcik kena istiqamah. doakan semoga bekas suami bahagia dgn hidup baru dia. dah kenapa nak kenal bakal bini bekas suami. nak jadi pengapit ke… isshh musykil
Aku bkn nak pihak sesapa la. Mungkin mmg ada wanita ni ..Tapi korang x pelik ke nama kekasih Azri ni AZRA. Jarang la ada org nama Ali berpasangan dgn Ala. Eda dgn edi. Etc.
Kita tunggu saja perkembangan seterusnya.
KEKASIH DELUSIONAL..watak sang kekasih dicipta buat kali ke 4.. entah kali berapa byknya konon sdg hgt bercinta… secara maya ..wujud atau tidak..tunggulah sinopsisnya nnti yer netizen.
Maklampir gan azrahuto gi jahanam.. azri baby perlukan wanita terhaik je mcm I
Benci Thought ni Pondan tua yg menyamar jadi Dr Azra Diera…kikikii…hari2 dia orang Melayu, tapi dengan Duda Azri orang Melayu dia lahap, sial baby baby lagi…pondan detected.
Takkan lah seorang Doc tak ada FB ke IG ke…or any info di media sosial…logik juga apa yg Elli dan anak2nya syak yg Duda Azri kena love scam….hahaahaaa…tunggu sambil makan pop corn..kikiiii
Benci Thought ni hari2 hina orang Melayu, tapi dengan Azri orang Melayu dia tergila gila…dasar makhluk sakit otak.
Ex laki dia ni pn megenyam nak kahwin lg. Ada ke org yg ada PHD nk dekat si Azri tu. Bukan ada harta apa pn. Entah2 memang btl2 scam tk pn illusi si Azri tu je nk lari dari wife dia ni. Ha3
Hana Nabila, dimana logiknya Elli dan anak2 syak yg Azri kena love scam. Apa love scammer ni bendul sangat ke nak target Azri yg tak boleh renew roadtax dan lesen memandu?