fbpx

Enggan Mohon Maaf, Che Ta Akan Saman Bekas Pemandu

Nampaknya, isu Rozita Che Wan bersama bekas pemandunya, Muhammad Riduan masih lagi masih tiada kesudahan. Susulan bekas pemandunya gagal membuat permohonan maaf Che Ta nekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

Peguam yang mewakili Che Ta memberitahu pihaknya sedang menyediakan surat cara tuntutan terhadap bekas pemandunya itu sebelum ia difailkan.

BACA: Che Ta Tuntut Bekas Pemandu Minta Maaf Sebelum 6 Petang

“Berikutan keengganan dia membuat permohonan maaf seperti dituntut tempoh hari, saya bersama anak guam (Rozita) sudah pun berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

“Buat masa ini kami sedang menyediakan surat cara atau dokumen sebelum ia diteruskan,” katanya.

Jumaat lalu, Che Ta memberi tempoh sehingga 6 petang kepada bekas pemandunya itu untuk membuat permohonan maaf. Menurut Che Ta, dia memberi peluang kepada lelaki itu kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

Bagaimanapun, Riduan enggan membuat permohonan maaf kerana apa yang berlaku bukan salah dari pihaknya.