fbpx

Empat Tahun Menanti, Shah Iskandar Selamat Timang Anak Pertama

Genap seminggu kelahiran, pelakon Shah Iskandar mengumumkan isterinya, Siti Sarah Mohd Noor telah pun selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, minggu lalu.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, anak sulung mereka seberat 3.66 yang diberi nama Yusuf Zulkarnaen selamat dilahirkan secara pembedahan pada jam 2.02 petang pada tarikh istimewa 10.10.2020

BACA: Belum Bersalin, Isteri Shah Iskandar Teruja Nak Hamil Lagi

“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan lancar tambahan pula semua petugas di hospital itu menjadikan perjalanan kami sangat menyenangkan.

“Saya ambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tuuh hari untuk berikan perhatian pada isteri dan anak saya,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Shah meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentua serta berharap dapat membawa pulang anak dan isterinya ke Singapura untuk bertemu keluarganya.

Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti SArah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada Januari 2016.