fbpx

Belum Bersalin, Isteri Shah Iskandar Teruja Nak Hamil Lagi

Selepas hampir empat tahun menanti dan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, isteri kepada pelakon Shah Iskandar iaitu Siti Sarah Mohd Noor gembira melalui proses kehamilan anak pertama mereka itu.

Menurut Siti Sarah, dia langsung tidak mengalami alahan atau alahan seperti yang selalu dikaitkan dengan wanita mengandung. Isteri pelakon itu turut meluahkan rasa syukur proses kehamilan dipermudahkan.

BACA: Empat Tahun Menanti, Shah Iskandar Bakal Timang Anak Pertama

Berkongsikan pengalaman kehamilannya itu di Instagram, Sarah berkata dia turut teruja dan tidak kisah jika mahu melalui proses kehamilan lagi sekali dalam tempoh yang dekat.

Dalam pada itu, Sarah sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana yang masih menunggu zuriat supaya bersabar dan terus berdoa untuk dikurniakan rezeki terindah itu.

“Kalau macam ni nak mengandung lagi selang dua tahun pun tak kisah! Kepada mereka yang belum ada rezeki, jangan stress sangat fikir kerana masanya akan tiba. Insya-Allah tuhan beri. Jangan lupa doa hari-hari okay!,” katanya.

Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016.